BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Frontpage

Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Wednesday, 23 February 2011

Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau. Pemilihan Roslan, 44, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau February 23, 2011.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini.

Monday, 21 February 2011

Sodomy II: Saiful a 'passive homosexual', court heard

KUALA LUMPUR: Lawyer Karpal Singh suggested in the Datuk Seri Anwar Ibrahim sodomy trial that Mohd Saiful Bukhari Azlan was a "passive homosexual".
There were multiple DNA profiles on Saiful’s anus?, Karpal had asked chemist Dr Seah Lay Hong during cross-examination Tuesday.
Dr Seah: Yes.
Karpal: Which means that he was a passive homosexual, or those semen couldn’t have gotten into his anus.
Dr Seah: I cannot conclude on that.
"I’m putting it to you that it is a logical conclusion, multiple DNA profiles in his anus makes him a passive homosexual,” said Karpal.
Dr Seah replied that she was not in the position to comment on the matter.

Bob Lokman Masuk PAS, Masih Akan Terus Berlakon

Bob Lokman telah disahkan memasuki parti PAS pada hari Sabtu lepas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut

Saturday, 19 February 2011

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau Serentak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini.
Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Allahyarham memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.
Sementara itu, Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang
(Sumber: mStar)


Friday, 18 February 2011

Info Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau (N27)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011
Fakta Berkaitan DUN Merlimau
  1. Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004.
  2. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi.
  3. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.
  4. Pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Demografi Pengundi DUN Merlimau
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
  • 10,679 pemilih berdaftar.
  • 10,643 pengundi biasa.
  • 36 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
  • Melayu 64.69%
  • Cina 21.11%
  • India 14.16%
  • Lain-lain 0.04%
Info PRK DUN Merlimau