BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Frontpage

Friday 18 February 2011

Info Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau (N27)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011
Fakta Berkaitan DUN Merlimau
  1. Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004.
  2. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi.
  3. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.
  4. Pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Demografi Pengundi DUN Merlimau
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
  • 10,679 pemilih berdaftar.
  • 10,643 pengundi biasa.
  • 36 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
  • Melayu 64.69%
  • Cina 21.11%
  • India 14.16%
  • Lain-lain 0.04%
Info PRK DUN Merlimau

0 comments: